Bila Lidah Tiada Suara

ku lihat pada malam itu
ada ssuatu pd wajahmu
ia bbicara tanpa suara
pancaindera utk bkata
bkn pd lidah lagi
yg seringkali mgaku benar
mnyembunyikan dusta,
ia mudah utk diteka.

ia tlafaz pd sinar mata,
ia tbukti pd getar nafas,
ia tlindung pd ketap bibir,
ia tsorok dlm kalbu yg bgelora,
ia tzahir pd genang air mata.

Mgapa harus bdusta
pd diriku & dirimu yg punyai jiwa & raga
Mgapa harus mmaksa
sdgkan dirimu tidak bahagia
Mgapa harus curiga
hanya kerana bisik2 mbawa sirna

Ku lihat pd mlm itu
kau mmohon maaf tanpa suara
btapa hebat kau mampu mnahan air mata,
tidak aku yg bbrp titis gugur ke lantai
ku harap kau sudi maafkan ku jua,
tp dgn kalimah yg ada lafaz & makna,
agar ppisahan ini mbuatkan kita, btemu kembali di alam syurga.

15 ogos 2010 / sg.l. / 3.30ptg

(sajak ni aku buatkan atas pmintaan seorg kawan..kawan baik…mudah2an kau bahagia)

GARISAN HIDUP INI

hidup ini ibarat garisan
biarkan ia lurus, biarkan ia telus
agar mudah sampai ke hujung
matlamat mungkin ada halangan
tapi itulah kehidupan
tiada yg sentiasa derita
tiada yg tak pernah bahagia

Hidup ini ibarat garisan
andai kau pilih jalan bliku
pastikan kau cukup bsedia
kenderaan dlm keadaan tbaik
mampu hadapi segala kmgkinan
ada musuh mjd kawan
ada kawan mjd musuh
jika keliru,jd buntu
jalan luas spt jalan mati

hidup ini ibarat garisan
usah terasa lemah
utk bdiri dan mnukar arah tika salah
kerana slagi ada usia
bmakna garisan itu blum tamat
mnukar kelam kpd hakikat

9.30pg hotel sri malaysia, temerloh.. 6.8.10

Sila lawat www.lamanbestari.wordpress.com untuk panduan tempahan. Kepada yang berminat dan menantikan CD saya ini, semoga kalian mendapat sesuatu yang bernilai!

Salam hormat

Azlan Al-Hawa

Assalamualaikum.

Kehadapan rakan-rakanku yang dikasihi Allah. Mudah-mudahan kalian berada dalam lindungan kasih-sayangnya jua. Saya di sini sentiasa mendoakan agar kita dapat berjumpa lagi dan berbual panjang sebagaimana dulu. Namun, apakan daya; masa telah membataskan kita, namun pertemuan di kala ini melalui ruang yang ada sudah cukup beerti buatku.

Rakanku,

Pada pagi yang hening ini, entah kenapa malam tadi aku terasa sukar untuk melelapkan mata. Mungkin kerana badan yang kurang sihat dan pantas aku menyalahkan makanan yang ku makan waktu selepas Maghrib bersama penceramah jemputan. Walhal, banyak lagi asbab yang boleh ku cari untuk menyalahkan kesakitan yang ku alami.

Sehinggalah pagi ini, selepas aku menunaikan solat subuh, aku terfikir sendiri, apakah kesakitan ini petanda ‘Allah ingin menunjukkan kekuasan-Nya?’. Benar, inilah kekuasaan-Nya.

Lantaran itu, aku teringat kata-kata penceramah malam tadi. ‘andai engkau tidak mampu berbuat baik pada orang, maka janganlah engkau berbuat jahat kepada orang.’

Rakanku,

Aku ingin berbicara panjang dengan kalian, namun aku ada tugas yang harus diselesaikan awal pagi ini. Ku titipkan doa buat kalian dan keluarga agar sentiasa mendapat kebahagiaan dan perlindungan daripada Allah jua.

Salam dari jauh,

Azlan Al-Hawa

Salam hormat, salam ukhuwah..

assalamualaikum..

malam ini, insyaAllah akan ada satu lagi kelas pantas tarannum (Lagu Hijaz) di IKBN pagoh..

pada malam ini seramai 10 orang peserta bakal bersama saya mempelajari dan menguasai lagu Hijaz dalam masa 2 jam yang diperuntukkan.

InsyaAllah, dengan teknik yang istimewa dan kaedah yang mudah, ringkas serta kemas; semua peserta pasti berjaya seperti kelas pantas tarannum (lagu Bayati) minggu lepas.

Terima kasih en. Harizan; urusetia, sahabat dan geng nissan saya….. :-)

wassalam.

Post ni saya nak try je…. harap2 semuanya ok…

Dalam perjalanan hidup… dalam perjalanan ke tempat kerja… dalam perjalanan meningkatnya usia… dalam perjalanan mendidik keluarga, hidup siapakah yang sempurna?

Pasti ada kelemahan, pasti ada yang memuji, pasti ada yang mengeji, pasti ada yang menyanyangi dan membenci…

Namun, begitulah dalam mencari kesempurnaan, semakin banyak kekurangan akan ditemui.. Bukankah ia tanda kita manusia, yang tidak akan pernah sempurna walaupun kita makhluk yang sebaik-baiknya???

pautan lain
www.attarannum.wordpress.com

Aku membuat keputusan untuk membantu dan dibantu mengendalikan kelas Tarannum Pantas dan kelas Tajwid Mudah yang bakal dijalankan di Muazzam, insyaAllah.

Selain itu, ada beberapa lagi lokasi yang bakal dijalankan seperti di Pagoh, Batu Pahat dan Kluang.

Terasa lemah untuk buat semua ni, tapi demi masa depan dan usaha mengembangkan ilmu ini, aku akan cuba dan mencuba dalam cubaan……

Salam buat semua. Masaku kini terlalu suntuk atau aku yang terpedaya dengan masa. Entahlah, aku cuba mencari erti namun masa seringkali membuatkan aku terleka.

Masa lapang, aku sekadar berehat.
Masa tidur, aku sekadar khayal dalam mimpi.
Masa lapar, aku lupa daripada asal usul makanan itu.
Masa kenyang, aku dibuai kesedapan yang hanya singgah di kerongkong.
Masa letih, aku lupa keletihan yang ikhlas ada ganjaran.

Apakah kalian tidak begitu? Jika tidak, kamu bukan insan biasa. Kamu adalah mereka yang dipelihara / disayangi olehnya.

Saya sudah mengupload 1 kaedah Dian (daripada 8 Kaedah) ke YouTube. Sila jejaki file tersebut.

Saya yakin video tersebut sangat berguna buat kalian.

PROMOSI

KAEDAH DIAN PERTAMA

Laman Berikutnya »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.