Setiap pengalaman ada pengajaran tertentu. Ia seharusnya menjadi guru kepada tindakan-tindakan kita tika ini. Namun aku sendiri kadangkala terleka dan membiarkan pengalaman-pengalaman hidup itu bersendirian. Kini aku ingin membawa kembali setiap kenangan yang punya erti agar setiap masa yang tersusun bait-bait pengalaman itu dapat berkongsi dengan kalian.
~~~
Aku coretkan di sini sebahagian sajak-sajak yang pernah aku cipta dan reka untuk menggambarkan sesuatu ataupun seseorang yang telah menjadi sebahagian hidupku. Ia terangkum dalam koleksi sajak : Satu Kisah Yang Panjang ~ Edisi 2000-2001.
Suara Hatiku-4
Perjalananan hidup ini
rupanya bukan mudah
pertimbangan dan kehampaan
bagai satu kemestian
dalam setiap keputusan
pasti ada yang kecewa
demi membahagiakan orang lain
rela dirinya menderita
mungkin ini pengorbanan sejati
lahir dari hati yang mengerti
bahawa tidak semua bertemu
apa yang sebenarnya dicari
kadangkala bersua di dalam mimpi
dan hilang di awal pagi
bagai embun nan kering
hilang di sapa mentari
(–> sajak ini tidak dapat dihabiskan pada masa dicipta <–)
28 JUN 2001 / KUSZA
Mei 15, 2008 at 11:22 am
uish…dalam tu…buat satu sajak tentang keadaan umat Islam masakini laa waklan…leh aku post kat blog aku nanti..hehe
Mei 15, 2008 at 12:45 pm
InsyaAllah… boleh punya.. yang lama (koleksi) ada, yang baru pun ada. Nak buat yang lain pun insyaAllah boleh jer.
Aku memang buat sajak, seboleh-bolehnya dapat difahami oleh setiap orang berdasarkan pelbagai situasi yang menimpa diri dia. Atau pengalaman hidup yang boleh dikaitkan dengan sajak-sajak aku tu..Mudah2an, ada pengajaran dan dakwah dibalik penghayatan..
Ada kawan aku kata, sajak2 aku ni ‘bernyawa’, entahlah… aku no komen.. ko ada komen?
Mei 16, 2008 at 3:17 am
aa itu membuktikan ko dah bleh tulis sajak…dan dah ada peminat heheh..
silap2 ko leh tulis kat ruangan suratkabo..cayalah waklan! teruskan perjuangan anda..
p/s: pasal buku ko tu aku lupa nak tanya laki aku..sat no!
Mei 19, 2008 at 1:53 am
akum….dalam maksuk awk…
boleh awk paparkan makna mazhab secara teperincil
Mei 20, 2008 at 12:08 pm
saya kurang faham maksud soalan tuan (ggjj)… boleh detailkan lebih lanjut..?
Jun 24, 2008 at 12:47 am
Somehow i missed the point. Probably lost in translation
Anyway … nice blog to visit.
cheers, Refractivity!