Lagu Tidurkan Anak


Sila klik pada ‘BOX‘ hijau saya. 

 

Qalbi birahmatikallahumma zu unsi

Fissirri wal jahri wal isbahi wal ghalasi

Qalbi Qalbi Qalbi

Wama taqallatu minnaumi wa fi sinati

Illa wa zikruka bainannafsi wannafasi

Qalbi Qalbi Qalbi

Laqad mananta ala qalbi bima’rifatin

Biannakallahu zu ‘alai wal qudsi

waqad ataitu zunuban anta ta’lamuha

wala takun fadhihi fiha bifi’li musi’

Fannun alayya bizikris solihina

wala taja’al alayya iza fiddini min labasi

wakun mai tula dunyaya wa akhirati

wayauma hasyri bima anzalta fi abasi

——————————————————————————————————————————

Hatiku dengan rahmat-Mu Ya Allah, sering alpa

Dalam nyata atau tersembunyi,

Pada waktu pagi mahupun sebelum subuh

Hatiku Hatiku Hatiku

Apa yang kekurangan dari tidurku dan ketika kantukku

Kecuali dengan menyebut-Mu dalam diriku dan nafasku

Hatiku Hatiku Hatiku

Telah kau anugerahkan atas hatiku pengetahuan

Bahawa Engkau Ya Allah punya ketinggian dan kesucian

Dan aku datang dengan dosa yang Engkaupun tahu

Dan janganlah Kau buka aibku dengan perbuatan jahatku

Hatiku Hatiku Hatiku

Hiasilah padaku dengan mengingat orang soleh

Dan jangan murka padaku kiranya amalan agamaku bercampur aduk

Dan bersamalah denganku sepanjang duniaku dan akhiratku

Dan Hari Kebangkitan sebagaimana yang Kau turunkan (dalam Surah Abasa

Inilah kempen saya di sini. Tidurkan anak-anak kita dengan ungkapan yang mulia. Ceritakan kisah-kisah tauladan dan nasihatkan dengan kata-kata yang baik (walaupun pada kita dia belum pandai bercakap dan belum cukup besar untuk berfikir.)

Apabila dia sudah mulai mengantuk, bacakan kalimah-kalimah yang baik dengan harapan akan masuk ke dalam dirinya sebagai cahaya yang dapat menerangi fikirannya, hatinya dan segala anggota tubuh badannya. Sehingga apabila dia bangun daripada tidur, dia menjadi seorang anak yang lebih baru, lebih baik daripada sebelumnya.

Inilah antara usaha kita, yang sering diabaikan oleh kita sebelum anak-anak itu tidur.

Saya hadiahkan kepada para ibu dan ayah sekalian beberapa lagi zikir dan selawat yang mungkin boleh dijadikan sebagai pilihan untuk menidurkan anak-anak kita. Saya tidak menjual hakcipta suara saya ini kepada sesiapa maka harap anda turut mengamalkannya dengan jujur dan bijaksana.

(SILA ‘RIGHT CLICK’ >> OPEN LINK IN NEW WINDOW. )

Pastikan anda klik pada Butang ‘play’ atau ‘download’ .

1- Zikir (La Ilaha Ill-Allah Al-Malikul-Haqqul-Mubin)

 http://www.4shared.com/file/34757347/9b46c80a/alhaqqulmubin.html

2- Zikir + Selawat (La Ilaha Ill-Allah + ….. Muhammad Saafiul Anam)

http://www.4shared.com/file/34758174/72850e4b/aladawam_lailahaillAllah.html

azlan alhawa

Seringkali kita tidurkan anak-anak dengan menghayalkan mereka melalui VCD nanyian Barney, Jolly Joy ataupun cd cikgu-cikgu. Anda sebenarnya ada pilihan. Anda yang seharusnya memilih dan membuat keputusan untuk mereka. Semaikanlah dalam diri mereka dengan bacaan-bacaan yang mulia. Biasakan mereka dengan ungkapan dan kata-kata yang baik.

Tiada pilihan?? Siapa kata??!!

Nah.. hadiah daripada saya. Walaupun ia percubaan namun ia adalah ‘asli’ dan nantikan yang lebih baik dan mengejutkan selepas ini.

azlan al-hawa

 ZIKRULLAH

http://www.4shared.com/file/33724847/f2216a9b/lailahaillAllah.html

SELAWAT

http://www.4shared.com/file/33724832/cd0a08d3/aladawam.html

PENGADUAN

http://www.4shared.com/file/33724837/bd60fc5c/hasbirabbi.html

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.