Kali pertama kita bertemu di sini. Apakah yang mungkin membuatkan kita bersua lagi? Bukan soalan perpisahan yang aku ajukan. Cuma sekadar merasakan berat untuk melepaskan kau pergi. Entah. Aku tidak pasti mengapa. Namun setiap perlakuan pasti ada sebab dan natijah. Jika ada yang kau cari, usah kau berlari lagi. Carilah aku, carilah dirimu di sini.