Apalagi yang ingin ku lafazkan selain menyatakan bahawa kehadiran Alhawa di sisimu kerana aku sedar; semua orang ada Alhawa. Alhawa yang hadir dalam makna insani merangkumi segalanya dan bersama sahabat dan musuhnya. Akal dan Hati.

Alhawa muncul kerana ingin berkongsi perasaan, fikiran dan naluri kemanusiaan sesama kita. Nah, aku sisipkan kepada beberapa perkara yang boleh membantu Alhawa kalian termasuk diriku agar setiap Alhawa yang hadir, menuju destinasi sebenar.