Anda kenal diri anda? Pernah jumpa pakar-pakar Kejiwaan atau siapa-siapa yang berkenaan yang dapat menerangkan tentang diri anda?

Beginilah, saya cuba membawa anda ke dalam diri anda. Kali pertama sejak blog ini dilancarkan.

saya akan bahagikan 2 kumpulan sifat manusia.

SIFAT BAIK (A) dan SIFAT BAIK (B)

Sifat Baik (A) saya masukkan sifat :-

1-Amanah

2-Setia

3-Kasih sayang

4- Menjaga hati

Manakala,

Sifat Baik (B)

1- Jujur

2- Memilih yang lebih baik

3- Adil

4- Berterus terang

Baiklah, saya telah pecahkan beberapa sifat itu kepada 2 bahagian. Sekarang antara lapan sifat di atas, apakah sifat yang paling menonjol dalam diri anda?

Jika anda (sebagai contoh) memilih BERTERUS TERANG, saya katakan, anda mungkin seorang yang mudah bersikap Jujur, Adil dan Suka memilih yang lebih baik. Anda juga mungkin sukar bersifat Amanah, Setia, Menjaga hati orang lain malahan anda sukar benar-benar menyanyangi sesuatu.

Benarkah begitu? Jawapannya pada anda.

Apakah mungkin seorang pemimpin yang ADIL mampu menzahirkan KASIH SAYANGnya? Seharusnya pemimpin itu ADIL mengatasi KASIH SAYANG kerana jika Kasih sayang menjadi teras sifatnya, dia mungkin ‘memilih kasih’ dan kurang adil.

Ada banyak lagi kajian saya lakukan. Cukuplah 8 sifat sebagai permulaan. Permulaan dan bekal bagi perjalanan yang panjang.

azlan al-hawa