Setiap perjalanan ada permulaan, tapi apakah semua musafir itu sampai ke destinasinya sebagaimana yang dirancang? Atau tidak sampai langsung….??!!

Kadangkala perjalanan yang hampir tiba disesatkan apabila tiba dipersimpangan. Kita keliru manakah jalan yang harus ditempuh. Apakah kanan ataupun kiri. Atas ataupun bawah. Terus atau ‘U turn’.. semua keputusan ini terletak pada pemandu sesuatu kenderaan.

Benar, keputusan perjalanan padanya. Namun jangan lupa kekeliruan itu kadangkala bukan daripada konflik dirinya tetapi daripada penumpang kenderaan itu sendiri.

Maka apabila kau dalam perjalanan hidup, dan sampai di satu persimpangan, dugaan yang bakal memisahkan kejahatan semalam atau tadi; jangan keliru, pilihlah jalan kebenaran. Dan tentunya; pastikan pemandumu itu tahu dimanakah jalan kebenaran itu!

azlan al-hawa