Apakah benar berubah atau berhijrah itu mudah? Siapa kata?

Aku katakan ia tidak semudah yang dilafazkan. Jika maksud engkau berubah itu daripada satu kebaikan kepada satu kebaikan yang lain; aku setuju. Atau maksud engkau berubah daripada satu kejahatan kepada melakukan satu kejahatan lain; aku pun setuju. Kedua-dua jenis perubahan ini memang mudah!

Namun, bagaimana perubahan daripada Perilaku Jahat kepada Perilaku Baik? Mudah juga? Aku akan berikan 2 jawapan dan beberapa situasi.

MUDAH

1-Jika dirinya jauh daripada lokasi kejahatan yang dia biasa lakukan dan membawa diri ke tempat yang kebaikan menjadi budaya.

2-Jika nafsu dan syaitan dalam diri sudah benar-benar ‘hangus’ dengan keazaman yang kudus.

SUSAH

1-Jika ingin berubah tetapi masih berkawan dan berada di dalam lingkungan lama.

2-Ada tujuan duniawi yang muncul daripada hasutan atau desakan nafsu / syaitan dari dalam diri.

………………………………………………………..

Kesimpulannya, perubahan untuk menjadi baik kadangkala kelihatan seperti HIPOKRIT. Tapi tidak mengapa. Pedulikan apa orang kata!! Mereka mungkin melihat perubahan kita sebagai ; ….”Alaa dia tu pura-pura baik. Ada udang di sebalik batu.” atau ” Buang tebiat ke dia ni. Selalu selamba je buat (*jahat) sama-sama aku.”

Hakikatnya, untuk berubah BAIK >> JAHAT memang akan kelihatan seperti hipokrit. Yang sebenarnya, kita sedang melatih diri kita membiasakan diri dengan jalan baru, jalan kebaikan yang sedang ditempuh. Pedulikan apa orang kata!! Berubahlah. Carilah sifat jelek dalam diri. Engkau pasti jumpa dan berubahlah kepada yang baik.

Jangan takut digelar hipokrit kerana mereka tidak celik memandang dirimu.

azlan al-hawa