Manusia diciptakan Allah dengan pelbagai perasaan, pelbagai matlamat dan pelbagai mimpi yang wujud dalam satu jasad dan satu jiwa.

Adakalanya seorang yang pemarah, dalam satu situasi menjadi terlalu lemah lembut dan sopan santun. Bagi yang berbudi bahasa pula, dalam satu situasi yang tidak terjangka menjadi terlalu pemarah dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Inilah lumrah manusia. Sesiapa yang tidak dapat mengawal anggota dan lidahnya, pasti menjadi bahan cercaan masyarakat bahkan Allah sendiri, jika terzahir segala keburukan yang selama ini terpendam.

Hari ini aku ingin membawa kelainan, bukan ingin mengajak kalian membuang masa, namun duduk sebentar dan mengimbau kembali kenangan-kenangan yang lalu sewaktu ingin mencari pasangan hidup.

Sekadar berkongsi, aku seringkali membuat sajak, mengarang lagu dan lirik untuk dihadiahkan kepada yang tersayang. Jujurnya aku tidak suka memberikan barang sebagai hadiah kerana ia mungkin sama seperti yang dihadiahkan oleh orang lain. Aku suka sesuatu yang unik. Yang tiada orang lain ada.

Lagu ini free download dan free copyright (jangan kau ciplak dan jual sudahlah). Dengar, baca dan beri komen!

………………………………………………………………………………………….

Aku Jiwang? Terpulanglah engkau menilai aku. Tetapi lagu ini mungkin boleh dihadiahkan kepada seseorang..

(SILA ‘RIGHT CLICK’ >> OPEN LINK IN NEW WINDOW. )

Sila klik pada simbol play.

http://www.4shared.com/file/34503374/2328735f/4lamakutunggu.html

Lirik Lagu : Lama Ku Tunggu