Sebelum aku meneruskan bicara. Aku memohon maaf jika kalian ternanti-nanti; apakah kejutan seterusnya sebagaimana yang telah aku katakan sebelum ini.

Aku sebenarnya, benar-benar sedang cuba menyiapkan satu CD Kompilasi berkenaan Lagu-Lagu Nasyid atau Zikir (aku tak tahu manakah istilah yang lebih tepat) untuk aku edarkan kepada kalian yang sudi setia mengunjungi blogku ini.

Aku harapkan ia akan menjadi kenyataan sedangkan dalam masa yang sama aku akui ia sukar kerana buat masa sekarang aku hanya bergerak sendirian untuk segala-galanya.

………………………………………………………….

Soalan ku ulang. Apa yang engkau miliki? Apa yang aku miliki. Jawapannya hanya satu perkataan ; Tiada.

Benarkah tiada? Jawapan ku; Benar, tiada apa-apa yang kita miliki. Habis!! Hartaku ini siapa punya? Duitku siapa punya? Isteriku siapa punya? Anak-anakku siapa punya? Keretaku siapa punya? Tanahku siapa punya? …..siapa..siapa…siapa punya??

Jawapanku; semua itu hanyalah milik Allah. Engkau hanya diberi amanah untuk menjaga dalam maksud ‘keakuanmu’ sebagai memiliki. Dalam diri kita ada sifat ‘keakuan’ = Aku punya… .

Langsung tidak memiliki apa-apa? Ya! Langsung tiada apa-apa, termasuk dirimu sendiri bukan milikmu. Segala yang ada tersembunyti dalam jasadmu ataupun yang terzahir di luar jasadmu, hanyalah pinjaman, amanah Allah semata-mata.

Nah! Kalau begitu mengapa kita harus berada di dunia sedangkan segala-galanya bukan untuk dimiliki dan takkan akan dimiliki?

Ini jawapanku..Jika kau benar-benar memiliki sesuatu, kau mungkin akan mengatakan “Ini adalah hak miliki aku. Suka hatilah aku nak buat apa.” Malangnya, itu hanya andaian kosong. Hakikatnya apabila semua itu milik Allah dan kita menyedarinya. Tentu sekali kita akan berhati-hati. ” Ini bukan milik aku, ini adalah milik Allah. Aku mesti menjaganya sebaik mungkin.”

Kesimpulannya, Carilah nikmat Allah dan jauhkan diri daripada mudarat dalam dunia ini. Cuma ingatlah. Allah Maha Teliti melihat apa yang Dia miliki yang berada di dalam ‘milikanmu’ sekarang.

azlan al-hawa