Inilah kempen saya di sini. Tidurkan anak-anak kita dengan ungkapan yang mulia. Ceritakan kisah-kisah tauladan dan nasihatkan dengan kata-kata yang baik (walaupun pada kita dia belum pandai bercakap dan belum cukup besar untuk berfikir.)

Apabila dia sudah mulai mengantuk, bacakan kalimah-kalimah yang baik dengan harapan akan masuk ke dalam dirinya sebagai cahaya yang dapat menerangi fikirannya, hatinya dan segala anggota tubuh badannya. Sehingga apabila dia bangun daripada tidur, dia menjadi seorang anak yang lebih baru, lebih baik daripada sebelumnya.

Inilah antara usaha kita, yang sering diabaikan oleh kita sebelum anak-anak itu tidur.

Saya hadiahkan kepada para ibu dan ayah sekalian beberapa lagi zikir dan selawat yang mungkin boleh dijadikan sebagai pilihan untuk menidurkan anak-anak kita. Saya tidak menjual hakcipta suara saya ini kepada sesiapa maka harap anda turut mengamalkannya dengan jujur dan bijaksana.

(SILA ‘RIGHT CLICK’ >> OPEN LINK IN NEW WINDOW. )

Pastikan anda klik pada Butang ‘play’ atau ‘download’ .

1- Zikir (La Ilaha Ill-Allah Al-Malikul-Haqqul-Mubin)

 http://www.4shared.com/file/34757347/9b46c80a/alhaqqulmubin.html

2- Zikir + Selawat (La Ilaha Ill-Allah + ….. Muhammad Saafiul Anam)

http://www.4shared.com/file/34758174/72850e4b/aladawam_lailahaillAllah.html

azlan alhawa