Bulan Januari merupakan satu masa yang sangat kritikal buat Alhawa yang baru bertapak dalam dunia Blog..tidak sampai sebulan.

Pada Februari yang bakal menjelang, saya bercadang ingin memisahkan dan memfokuskan blog-blog saya kepada beberapa bahagian. Ini bertujuan menjadikan ruangan ilmiah, pemikiran, al-Quran, zikir dan peribadi lebih terfokus dan anda semua mudah mendapatkan maklumat sesuai dengan kehendak semasa.

Akhirnya, ingin saya nyatakan bahawa dalam masa terdekat ini mungkin Alhawa tidak dapat diselenggara dengan sebaiknya. Walau bagaimanapun, saya akan tetap menghantar pos-pos yang menarik untuk dikongsi bersama termasuk ‘testing’ bagi ruangan Tarannum Al-Quran dan Qiraat.

Jika ada sesiapa berminat menjadi penulis di blog saya ini, saya akan sangat-sangat menghargainya. Sememangnya saya memerlukan kawan untuk menambah baikkan Alhawa ini.

Akhir kata, salam persahabatan. Semoga apa yang anda cari tidak jauh, ia ada di hadapan anda, dan mungkin dalam diri anda sendiri.

azlan al-hawa