Benar. Alhawa kini sudah semakin matang dan semakin banyak hits dari hari ke hari. Saya berpendapat hal ini berlaku kerana alhawa mempunyai pautan-pautan sokongan sedia ada seperti di www.attarannum.wordpress.com dan www.lamanbestari.wordpress.com.

Suka saya selitkan di sini bahawa, alhawa masih mempunyai pelbagai pautan atau cabang lain yang masih dalam pembinaan dan ada yang sedang dalam perancangan.

Antara laman blog yang bakal dilancarkan ialah www.intanpayung.wordpress.com . Blog ini akan mengkhusus kepada bacaan zikir, selawat dan nasyid buat anak-anak kita sebelum mereka tidur. Bahkan, ia boleh juga semasa mereka berjaga! …..terpulang kepada anda.

Selain daripada www.intanpayung.wordpress.com yang bakal dilancarkan secara rasmi Jumaat ini, saya juga akan menyusul dengan beberapa blog sokongan kepada www.alhawa.wordpress.com iatu blog berkenaan dengan buku-buku cerita Islamik dan pelajaran Tajwid (yang berlainan dengan www.lamanbestari.wordpress.com).

Saya akan berusaha sedaya mungkin agar anda mendapat manfaat sebaiknya daripada blog-blog saya ini. Jumpa lagi!

Wassalam.

azlan al-hawa

GAMBAR DALAM KAABAH??!!

Kaabah- di dalam! (Ada sesiapa boleh pastikan kebenarannya?)