Assalamualaikum dan salam bahagia. Sungguh gembira kerana saya berpeluang bersama-sama anda kali ini untuk kesekian kalinya.

Setelah saya mendedahkan e-book dan power point di dalam www.lamanbestari.wordpress.com , saya rasa elok juga jika saya selitkan, sebagai permulaan satu lagi cabang pengajian ilmu Al-Quran yang penting iaitu Tajwid.

Walau bagaimanapun, saya tidak berhasrat pergi kepada istilah tetapi KONSEP ASAS itu sendiri.

Mungkin saudara/i adalah guru Al-Quran. Mungkin baru mula mengajar dan mungkin juga sudah lama mengajar. Biarlah saya nyatakan kepada kalian, bahawa dengan rendah diri, saya telah berkecimpung dalam asam garam dunia mengajar ilmu-ilmu Al-Quran ini sejak lebih 10 tahun yang lalu. YA!! 10 tahun.

Jika begitu, berapakah umur saya sekarang? Umur saya sekarang 29 tahun. Sejak saya mula mengajar Al-Quran, saya telah jumpa pelbagai ragam sesuai dengan tahap umur dan tahap pengetahuan yang pelbagai. Pada usia saya 18 tahun, murid saya ialah mereka yang berumur lingkungan 5 tahun hingga ke 60 tahun.

Ada yang pernah menjadi murid saya hanya beberapa minggu, malahan ada yang menjadi murid sehingga sekarang. Ahh.. semua itu hanyalah selingan bagi anda lebih mengenali saya. Sebenarnya yang melayari laman blog ini mungkin ramai yang kenal saya. Tak mengapa, anda kenal atau tidak; itu bukan masalahnya. Saya di sini bukan nak mempromosi diri saya semata-mata. Saya nak kembangkan ilmu Al-Quran.

(anda sebenarnya boleh ‘search di Google dan taipkan nama : Azlan Mohamad Ali . Akan kelihatan nama saya di perpustakaan Singapura dan mungkin beberapa tempat lain seperti MACP dan lain-lain.)

Sesuai dengan hasrat saya ingin mengembangkan ilmu Al-Quran. Sila ke laman blog www.lamanbestari.wordpress.com kerana saya akan menyatakan beberapa rahsia atau Kaedah Pantas Belajar Tajwid. (sebelum ini anda pernah dengar Kaedah Pantas Belajar Tarannum di www.attarannum.wordpress.com bukan?)

Jangan tunggu lagi. Saya nantikan anda di sana!

azlan al-hawa