Hobi.

Semua@kebanyakan orang ada hobi atau kegemaran pada masa lapang. Namun, peliknya, ada orang yang tidak tahu apa hobinya. Mungkin kerana dia tidak ada masa lapang atau dia tidak tahu maksud sebenar masa lapang.

Bagi saya hobi itu bermula daripada rutin. Jika anda mengemas rumah; itu perkara rutin yang biasa. Tetapi jika anda mengemas dan menghias rumah, hampir setiap masa terluang dan seolah-olah dalam masa yang tetap; ia dipanggil hobi@habit?

Ahh..terpulangla pada anda nak mengertikan bagaimana memahami maksud saya. Apa yang ingin saya sampaikan sebenarnya tentang hobi saya.

Saya suka berfikir dan belajar sesuatu yang baru. Antara hobi(?) berfikir saya ialah tentang politik..politik negara, politik dalam ekonomi, politik sukan, politik persahabatan, politik rumahtangga dan apa jua benda yang ada unsur-unsur ke’politik’an.

Saya sebenarnya sangat teruja mengikuti perkembangan pilihanraya ke-12 ini kerana saya sangat yakin satu kejutan akan berlaku dan ternyata ia lebih daripada satu kejutan yang tidak pernah saya bayangkan.  Oleh sebab “hobi” saya inilah, saya tidak dapat mengupdate alhawa dan cabang-cabangnya sekerap seperti biasa.

Namun, kini PRU ke-12 sudah berakhir. Saya akan berusaha sedaya mungkin agar laman blog ini akan terus bernafas…lebih segar dan bermutu.

“carilah cahaya walaupun di tanganmu ada pelita. kerana cahaya di tanganmu itu hanya mampu menerangi dirimu sendiri cuma…ia ada hadnya..  : al-hawa

azlan al-hawa

KUNJUGI LAMAN Cabang Al-Hawa YANG LAIN

http://www.lamanbestari.wordpress.com

http://www.tarannum.wordpress.com