Itu prosa klasik…. maknanya .. Masa belajar, pehh bukan main rajin dan tekun. Gitulah perumpamaannya jika kita ingin mendalami sesuatu perkara (yang baik), harus berguru kepalang ajar.. tapi jangan pula kurang ajar atau tak mengamalkan ilmu..

Saya cuma bagi pesanan jer.. Jangan jadi kacang lupakan kulit bila dah berjaya dalam sesuatu perkara. Masa belajar sanggup berkorban apa sahaja untuk dalami ilmu agama misalnya. Bila dah berjaya, dapat sijil atau ijazah, ilmu itu pula dikorbankan.

Ingatlah kawan-kawan semua.. Sayangilah guru-guru anda walau siapa anda sekarang. Bagi guru-guru pulak, sayangilah anak-anak murid anda.. kerana mungkin satu hari nanti, anda pula yang berguru dengan mereka!!

>> PETUA MENJAGA SUARA di www.attarannum.wordpress.com

azlan al-hawa