Sekilas saya memikirkan apakah tajuk yang sesuai untuk dibentangkan pada kali ini; akhirnya itulah tajuk yang saya rasa sesuai.

Ke mana sebenarnya halatuju Nasyid di Malaysia…

Mengapa tajuk ini pilihan saya?

Baiklah kita buat perbandingan berdasarkan soalan-soalan ini?

Apakah ciri-ciri yang membolehkan sesuatu NASYID itu dianggap NASYID?

1-Tema lagu?

2-Rentak lagu?

3-Pakaian?

4-Alat Muzik yang digunakan?

5-Cara artis nasyid berinteraksi?

6-Kehidupan artis nasyid?

7-Lenggok suara?

8-Pengisian / Lirik?

9-Syarikat rakaman mana?

10-Semua di atas?

Saya tidak berhasrat untuk membincangkan semua persoalan-persoalan saya di atas. Cukup untuk kita sama-sama lihat beberapa perkara sahaja.

1-Nasyid di Malaysia bagi saya belum matang. Kebanyakan rentak adalah rentak muzik biasa yang telah diIslamisasikan. Jadi perlu rentak macam mana? Kita perlu membuat pengubahsuaian agar tidak kelihatan ‘copy and paste’ rentak muzik Jazz, R&B dll..

2-Jika nasyid itu satu perjuangan dakwah, malang sekali, ada pejuang-pejuang nasyid itu kadangkala bukan berjuang daripada naluri dakwah. Buktinya? Fikir….

3-Menapa nasyid perlu di’rock’kan sebagaimana kenyataan Rabbani? Lebih elok kalau dia cakap perlu dirancakkan atau dimodenkan. Kenapa guna istilah ‘rock’? Perlukah dalam dakwah, untuk berdakwah dengan penyanyi dan peminat rock, kita perlu jadi rock? Kalau nak berdakwah dengan kaki maksiat? ……….. Sebenarnya perlu ada batasan dan rasa maruah pada diri sendiri.

4-Jika nasyid itu mulia, atas nama usaha dakwah, saya rasa tidak selayaknya didudukkan sama rendah dengan penyanyi-penyanyi lain seperti di ABPBH baru-baru ini dan sebelum2 ini. Memalukan. Kalau diorang kata anugerah ini satu pengiktirafan. Pengiktirafan dalam makna apa? Untuk siapa? dan paling penting… apakah pengiktirafan ini membuktikan orang minat dengar atau orang minat amalkan mesej2 dalam album?

5-Kurang (?) atau tiada (?) persatuan nasyid yang benar-benar bagus. Nasyid adalah kelompok genre muzik yang minoriti. Itu perlu kita akui. Mana mungkin persatuan-persatuan artis yang besar akan memandang dengan dua-dua belah mata mereka. Jadi bagaimana suara artis-artis nasyid ini?

6- Tolonglah jangan sekadar pakai make-up pada album, pakaian penasyid atau penampilan diri : lalu dianggap sebagai penanasyid. Saya sebenarnya menantikan nasyid-nasyid yang matang atau membawa kepada kematangan. Selain nasyid matang=nasyid untuk kanak-kanak. Saya bukan menyempitkan ruang. Tapi kalau nasyid pun sarat dengan ayat-ayat cinta… kemudian ulangan-ulangan nasyid lama dioleh semula. Berikanlah nafas baru!..

Begitulah. Saya dah lama nak kongsi topik ini. Semoga ada mereka yang berkenaan membaca mesej ini.

Setiap kali anda mendengar IKIM (kekadang lagu Amru Diab, Diana Haddad dan Nawal Zoughby pun masuk IKIM… pening..pening..) …… , dengarlah betul2. Hayatilah keseluruhan ciri-ciri yang saya nyatakan. Anda akan faham. Saya bukan anti Nasyid malah saya juga membesar dengan nasyid-The Zikr, Nada Murni, Nada Satira.

… cuma, jika anda bakal menjadi penasyid pada masa depan, anda kena teliti. Kerja dakwah bukan perkara main-main. Dalam bernasyid pun banyak dugaan. Silap jalan, tidak sampai matlamat asal, malang lagi tersungkur dalam kepalsuan pandangan mata; tidak kenal onak duri dan manakah intan atau kaca.

Jumpa lagi!

Wassalam.

==>> www.intanpayung.wordpress.com telah dilancarkan. Khusus buat adik-adik dan anak-anak kita. <<==

azlan al-hawa