Menulis blog kadangkala terasa macam kerja rasmi. Perlu luangkan masa dan tak boleh main-main. Topik pula mesti ‘panas-panas’ barulah orang nak baca. Tapi saya tak minat la ‘panas-panas’ sangat, mcm politik ke, sufiah yusuf ke, Fitna ke… bagi saya itu semua bukan tak penting, tetapi fokus blog saya bukan ke arah situ. Mungkin saya perlu satu blog yang menyangkut isu-isu semasa? Tak apalah, nanti dulu.

Pada awal saya ber’blog’, saya tidak ada asas apa-apa. Saya cuma merasakan saya perlu beli laman web untuk berkongsi ilmu dengan teman-teman semua. Tetapi saya rasa saya perlu belajar blog dulula baru beli web, ternyata pilihan saya betul. Banyak saya belajar di wordpress ini.

Al-hawa adalah nama anak saya. Ia juga bersempena dengan nama isteri Nabi Adam a.s. Iajuga boleh memberi makna ‘angin’. Saya simpulkan bahawa laman-laman blog saya adalah ibarat angin. Bukan angin yang berlalu tanpa tujuan, tetapi angin yang datang membawa sesuatu yang baru.

Tapi, masa yang terbatas ternyata begitu menyesakkan saya. Ternyata saya punyai banyak matlamat tetapi ada kekangan masa yang membataskan. Tidak mengapa, saya percaya, setiap kelakuan kebaikan yang Allah pancarkan pada diri saya atau anda; ada susulan kehendak-Nya yang bakal berlaku=yang punya kebaikan yang lain.

Semoga rakan-rakan yang terus menyokong blog-blog saya ini, menjumpai sesuatu yang bermanfaat. Dan boleh dimanfaatkan.

azlan al-hawa