Kita sebenarnya sedang hidup dalam satu masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang kemampuan keilmuan Al-Quran. Selain itu, persepsi masyarakat dan juga keluarga di sekitarnya berkenaan dengan kepentingan Al-Quran juga memberi kesan terhadap kesungguhan belajar dan terget belajar Al-Quran.

Berdasarkan kenyataan di atas, saya ingin mencoretkan beberapa jenis golongan yang bersangkutan dengan Al-Quran dan sudah tentu anda akan termasuk di antara salah satunya.

1- Cukup sekadar boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan mengkhatamkannya.

2- Cukup jika sudah mampu menghafaz sebahagian atau 30 juz Al-Quran.

3- Cukup jika pandai membaca disamping mampu memahami isi Al-Quran kerana tahu berbahasa Arab.

4- Cukup jika pandai membaca dengan kaedah ilmu Tajwid yang sangat bagus, sempurna sifat dan makhrajnya.

5- Cukup jika pandai Tajwid dan sedap pula Tarannumnya.

6- Cukup jika tahu secara sederhana tetapi meliputi Tajwid, Tarannum dan menghafaz beberapa surah penting.

Nah.. anda berada digolongan yang mana? Jika anda tidak termasuk dalam golongan mana-mana, anda belum boleh dikategorikan kepada mereka yang menuju–Ahli Al-Quran. Kalau anda menguasai beberapa bahagian di atas, anda beruntung, sangat beruntung.

Jika anda rasa anda tidak mampu lagi menguasai semua di atas kerana faktor usia, sebagai contoh; usahakanlah untuk anak-anak anda atau cucu anda. Alangkah indahnya jika kita atau anak-anak kita boleh membaca Al-Quran dengan ; Faham maksudnya, hafal beberapa bahagian, lancar bacaan kita, ada Tarannum dan bagus Tajwidnya. Inilah antara cita-cita yang murni. Wawasan akhirat.

Rasanya itu sahaja, tulisan saya untuk blog ini kali ini. Anda fikir-fikirkanlah. Sampai bila kita harus menjauhkan diri dengan Al-Quran sedangkan dalam masa yang sama kita tidak pernah terlepas membaca surat khabar dan majalah-majalah. Setahu saya, surat khabar dan majalah tidak dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti. Anda tahu?? Maklumat itu penting tetapi tanpa cahaya petunjuk Al-Quran, maklumat yang berguna boleh jadi mudharat untuk kita. Mudharat?? Ya… kerana kita hanya membuat pengisian duniawi bukan akhirat….

yang benar,

azlan al-hawa