Pada post kali ini, saya meletakkan beberapa perkara yang saya lakukan dalam hidup yang saya khususkan untuk dikongsi atau jika boleh saya gunakan bahasa; saya khususkan untuk ‘menurunkan’ ilmu yang tidak seberapanya demi kebaikan ummah sekalian.

(Mudah-mudahan saya dijauhkan daripada rasa ujub atau ria’).

Tujuan saya letakkan di sini adalah bagi membangkitkan satu suasana kepada pembaca sekalian betapa dalam urusan dakwah, kita tidak seharus menyempitkan ruang itu hanya dengan mengkhususkan pada jawatan, keilmuan yang berijazah atau ruang secara fizikal semata-mata.

Malang sekali jika anda beranggapan anda tidak boleh, tidak mampu atau lebih malang tidak mahu turut menyumbangkan sesuatu pada agama hanya kerana anda bukan ustaz atau ustazah.. atau hanya kerana anda tidak memiliki kesarjanaan dalam bidang agama.. atau hanya kerana anda sibuk 25 jam sehari dengan urusan kerja, kerja dan kerja.

Lakukanlah sesuatu..sumbangkanlah sesuatu.. selitkanlah dalam urusan kehidupan anda dengan nilai-nilai dakwah. Dakwah itu terlalu luas… namun dakwah dalam dunia maya ini terlebih luas…. lakukanlah sesuatu… sumbangkanlah sesuatu untuk Islam… walaupun anda tidak dipandang walau sebelah matapun sebagai cendekiawan Islam.

Jasamu DiKenang

Salah satu koleksi buku tulisan saya sendiri.

Siri Koleksi Bacaan Alam Fauna-JQaf mengandungi 5 buah buku cerita dan salah satu ialah ; Jasamu Di Kenang. Ia mengisahkan anak gajah yang bersiar-siar di dalam hutan. Anak gajah ini sangat baik kerana suka menolong haiwan lain yang dalam kesusahan. Pada satu ketika dia pula dalam kesusahan dan dia mendapat pertolongan pula daripada rakan-rakan haiwan yang lain.

Penerbit : Penerbitan Mega Setia Emas, Kota Damansara.

ISBN : 978-983-42273-6-4

Umur Sesuai : bermula 7 tahun @ mula belajar Jawi.

Kekuatan : Bahasa mudah, Ada Soalan, Ada Pengukuhan Akhlak Mulia dan Glosari.

Buku-Buku lain, Siri Bacaan Alam Fauna-JQaf

1-Yam Hitam Dah Insaf.

2-Keldai Yang Sabar.

3-Jasamu DiKenang.

4-Akibat Sombong.

5-Cicak dan Tikus.

Nantikan ulasan saya pada buku-buku tulisan saya yang lain!!