Keyboard ini masih sudi memberikan khidmatnya. Sama-sama mengisi setiap ruang yang tersedia dengan bait-bait kalimah yang punya erti. Atau sekurang-kurangnya mencari setiap pengertian yang terselindung di balik kelam kebenaran dan kenyataan hidup. Aku dan engkau kadangkala sama-sama terkeliru dengan segalanya. Bukan kerana jahil tapi kerana kita enggan menerima kenyataan fitrah kehidupan. Bukan kerana terlupa tetapi khayal dibuai bisikan-bisikan kosong dan hampa. Persoalannya; Apakah fitrah-fitrah kehidupan itu?

FITRAH PERTAMA
Setiap sesuatu ada pasangannya

FITRAH KEDUA
Setiap perbuatan ada balasannya

FITRAH KETIGA
Setiap yang berlebih-lebihan ada mudaratnya

FITRAH KEEMPAT
Setiap yang salah akan tewas jua

FITRAH KELIMA
Tidak akan sama walaupun kelihatan serupa 2 benda

FITRAH KEENAM
Insan sering tewas dengan masa

FITRAH KETUJUH
Setiap diri ada sayang & benci

FITRAH KELAPAN
Cinta itu buta

FITRAH KESEMBILAN
Mata sering menipu

FITRAH KESEPULUH
Orang yang baik, tidak hanya baik kepada kita sahaja.

Begitulah yang sempat fikirku berputar mencari pengertian demi pengertian ini. Namun aku sendiri tertarik dengan firasatku (tanpa rasa ujub) betapa; Mengapa menjadi fitrah dalam diri kita ada rasa ‘benci dan sayang’?

Ohh!! Aku akhirnya mengerti setelah melihat setajam-tajamnya, dan sedalam-dalamnya betapa tanpa benci manusia tidak akan mengingati musuhnya…. tanpa sayang..menusia tidak akan merindui kekasihnya…

Siapakah yang anda benci?

Siapakah yang anda sayang?

CARILAH MAKNA DIRI

nukilan minda : azlan al-hawa