Salam bahagia buat para pembaca blog saya sekalian.

Almaklum rasanya sudah lama saya tidak kembali ke sini. Kesibukan beberapa tugas tidak rasmi menjadikan masa saya semakin suntuk. Namun, alhamdulillah, ada juga kekuatan dan kesempatan buat saya kali ini.

~~~

Apakah Impian Setiap Insan?

~~~

Entahlah. Sukar dijawab dengan satu jawapan. Ada pelbagai jawapan. Setiap orang ada pengertian masing-masing; erti kehidupan dan apa yang harus di cari. Setelah itu, barulah impian akan muncul, hasil cetusan jiwa yang sejak kecil dibentuk, diasuh dan di’gaul’ bersama pengalaman-pengalaman hidup yang sangat pelbagai dan rumit.

Hingga saat atau tika ini, muncullah seorang insan yang sedang membaca tulisan saya ini. Dia memerhatikan setiap perkataan saya tanpa dia sedari dalam dirinya ada beberapa impian yang menjadi cita-citanya. Apakah Impian Anda?

Apakah;

1-Masa dapat diulang? … agar setiap kesilapan yang pernah anda lakukan dapat dielak dan anda menjadi orang yang baik…

2-Tiada lagi kesakitan dalam hidup? … agar penderitaan dan kepayahan yang anda tempuhi saat ini tidak lagi perlu dikongsi dengan isteri tersayang atau apatahlagi diwarisi anak-anak…

3-Setiap orang adalah kawan anda? … agar anda sentiasa dalam ketenangan kerana setiap kesusahan akan ada mereka yang sudi membantu dan mereka juga sedia berkongsi kegembiraan dengan anda…

4-Apa sahaja yang anda ingin, anda dapat? … dan dengan cara yang paling mudah…

5-Anda mati dalam keadaan yang mulia? … agar mudah perjalanan menuju Allah …

Setelah semua di atas, tanyalah diri anda… susunlah 5 impian di atas mengikut keutamaan anda. Tak payah tunggu lama-lama. Mesti no.5 anda letakkan sebagai keutamaan pertama! betul bukan!!

Jikalau begitu… usah berimpikan no.1 hingga no.4 akan berlaku ………. ia tidak akan berlaku dan jika anda berusaha juga agar 4 impian itu berlaku, anda sekadar menyibukkan diri dengan dunia yang berpusing-pusing dan menyesakkan.

Mengapa tidak ditumpukan kepada impian yang ke-5 (Impian ingin mati dalam keadaan mulia~beriman kepada Allah dan mengamalkan Islam) ??

Anda akan rasa hidup anda lebih manusiawi dan tidak lagi berimpian dan berangan-angan kosong. Jadilah manusia yang normal. Yang sedar dirinya adalah manusia.

Fikirlah. Rajinlah berfikir.