Benarkah hidup ini ibarat roda. Yang sentiasa berputar. Yang di bawah akan berada di atas. Yang di atas akan berada di bawah jua; apabila roda hidup ini berpusing? Yang susah akan senang? Yang senang akan susah? Yang cantik akan hodoh? Yang hodoh akan cantik?

Aku tidak pernah percaya. Walau siapa pun yang berpegang pada Rukun Hidup (?)-Hidup Ini Ibarat Roda.

Fikirlah… Apakah apabila hidup ini bersilih ganti; Yang susah akan senang? Yang senang akan susah? Yang cantik akan hodoh? Yang hodoh akan cantik? Yang bijak akan jahil? Yang jahil akan bijak? Yang beriman akan munafik? Yang munafik akan beriman? Yang Islam satu hari nanti akan ……. ? Dan yang Kafir satu hari nanti akan Islam semula?

Gila!! Mana mungkin hidup ini ibarat roda. Yang ibarat roda ialah kuih donat, gelung budak tadika senam, setering kereta, kuih deram, dan lain-lain objek lagi.

Beginilah;

Saya hormati mereka yang berpegang kepada Rukun Hidup (?)-Hidup ini ibarat roda.

Tetapi;

Saya berpendapat hidup ini adalah satu JALAN YANG LURUS.

Kita ada permulaan dan kita ada pengakhirannya.

Kita tidak dapat undur setiap langkah-masa yang berjalan.

Yang berputar hanyalah putaran jarum jam, namun kita akan sampai juga kepada penamat hayat di maya pada ini.

Ucapkanlah selamat tinggal kepada waktu-semalammu.. Kita akan tinggalkan waktu itu selama-lamanya.

Andai jalan di hadapan kita adalah jalan yang benar, teruskan perjalanan. Namun jika ia adalah jalan yang salah, cepat-cepatlah cari dimana persimpangan hidupmu. Agar tidak terlambat memilih yang jalan benar. Menuju syurga yang benar. Redha Allah yang benar. Dan MATI yang benar.