Sudah lebih sebulan aku tidak munulis di dalam blog ini. Bukan aku tak mahu tetapi masa sangat membataskan aku.

Buat kawan-kawan yang mungkin menantikan berita terkini tentang aku, biarlah aku cukup untuk mengatakan aku sudah tidak lagi menulis buku part-time, sepenuh masa sebagai mana sebelum ini.

Aku kini sudah bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Pahang. Tugas ku ialah berhadapan dengan karenah manusia, menyediaan pelan membangunkan masyarakat dan bersama-sama dengan mereka.

Sejak tarikh aku mula bekerja, aku terasa terlalu lemah untuk mengadap komputer. Lebih-lebih lagi aku terpaksa melanggan plan celcom broadband daily untuk melayari internet dan plan Family 1+3 untuk membolehkan aku berbual percuma dengan isteri tersayang.

Di sini, internet susah….. nak bayar bil pun susah. Minggu lepas, aku bawa bil air Pahang ke Telekom Kluang, Johor tapi TM point kata, bil Pahang tak boleh dibayar di TM Point Johor. Pelik tak? Bagi saya pelik kerana di belakang bil tak menyebut pun “Bil JBA Pahang hanya boleh dibayar disesetengah pejabat TM Point…

Rasanya cukuplah buat sementara ini. Permulaan come-back saya ini mudah-mudahan come-back yang akan berterusan… saya teringin sangat nak berblog semula… saya teringin berkongsi ilmu tarannum semula. Doakanlah usaha saya nak dapatkan celcom broadband monthly dipermudahkan Allah jua..

Semoga Ramadhan kali ini menambahkan amal bakti dan menguatkan keimanan kita….

Jaga diri bebaik kawan-kawan dan musuh-musuh sekalian… semoga berjumpa lagi..

 

wassalam..

azlansenggarang a.k.a azlan al-hawa