Salam pertemuan buat kalian, saudara-saudaraku..

Entah mengapa terlalu sukar untuk meluangkan masa barang sedikit akhir-akhir ini untuk membalas email-email kalian. Namun aku tetap mengingati sokongan semua kepada blog ini…

Sebagai tanda penghargaan, dengan ikhlas aku hadiahkan SALAH SATU kaedah Dian yang asas; buat kalian download dan praktikkan…

Ia khusus buat mereka yang baru cuba mengenali Tarannum. Bagi yang mahir, usahlah mengkritik-menjatuh karya saya ini, berilah komen-membina. Mudah-mudahan ada ganjaran yang baik di sisi Allah jua.

Sebelum saya terlupa, saya memang hadiahkan dengan ikhlas karya saya ini. Namun jika tuan / puan (sebagaimana beberapa rakan yang lain) merasakan ia perlu diganjari dengan sesuatu, saya sediakan akaun bank saya di blog www.attarannum.wordpress.com saya. Jika anda ingin sumbangkan wang kepada saya, insyaAllah sumbangan anda akan meningkatkan lagi kekuatan material saya untuk menghasilkan karya-karya Tarannum yang lain / unik pula..

Tapi saudaraku, saya sesekali tidak mengharap, saya cuma tidak mahu saudara-saudara sekalian berasa serba salah menggunakan kaedah-kaedah dan hasil nukilan saya. Jika memberi, berilah dengan ikhlas. Jika tidak memberi, saya ikhlas memberikannya kepada kalian.

Akhir kata, siapa-siapa yang nak download apa-apa maklumat, saya halalkan. Semoga Allah menilai usaha saya ini satu kebaikan.

Sila ke www.attarannum.wordpress.com untuk mendownload KAEDAH DIAN-Asas tersebut.

Wassalam
azlan al-hawa