Salam buat semua. Masaku kini terlalu suntuk atau aku yang terpedaya dengan masa. Entahlah, aku cuba mencari erti namun masa seringkali membuatkan aku terleka.

Masa lapang, aku sekadar berehat.
Masa tidur, aku sekadar khayal dalam mimpi.
Masa lapar, aku lupa daripada asal usul makanan itu.
Masa kenyang, aku dibuai kesedapan yang hanya singgah di kerongkong.
Masa letih, aku lupa keletihan yang ikhlas ada ganjaran.

Apakah kalian tidak begitu? Jika tidak, kamu bukan insan biasa. Kamu adalah mereka yang dipelihara / disayangi olehnya.