Alhamdulillah.. Setelah cuba berkali-kali akhirnya dapat juga saya bawakan kepada kawan-kawan semua beberapa bentuk tarannum yang mungkin selalu di dengari tetapi tidak tahu jenis dan ciri-ciri yang lain.

Seharusnya saya mulakan dengan lagu Baiyati tetapi tidak mengapa bukan jika saya bawakan lagu Sobah dahulu?

Lagu Sobah boleh dilagukan dengan 4 atau 5 tingkat suara. Di dalam tingkatan itu seharusnya ada Tingkatan Suara Rendah, Sederhana dan Tinggi.

Tarannum ini dilagukan oleh Guru merangkap kawan saya, Imam Syukri Bachok yang bertugas sebagai Imam di Jabatan Agama Johor.

Nantikan yang lain.

azlan al-hawa

(SILA ‘RIGHT CLICK’ >> OPEN LINK IN NEW WINDOW. )

Pastikan anda klik pada Butang ‘play’ atau ‘download’ .

http://www.4shared.com/file/35085995/249a658b/Tarannum_Sobah_ImSy.html

Surah : Ali-Imran

Bulan Januari merupakan satu masa yang sangat kritikal buat Alhawa yang baru bertapak dalam dunia Blog..tidak sampai sebulan.

Pada Februari yang bakal menjelang, saya bercadang ingin memisahkan dan memfokuskan blog-blog saya kepada beberapa bahagian. Ini bertujuan menjadikan ruangan ilmiah, pemikiran, al-Quran, zikir dan peribadi lebih terfokus dan anda semua mudah mendapatkan maklumat sesuai dengan kehendak semasa.

Akhirnya, ingin saya nyatakan bahawa dalam masa terdekat ini mungkin Alhawa tidak dapat diselenggara dengan sebaiknya. Walau bagaimanapun, saya akan tetap menghantar pos-pos yang menarik untuk dikongsi bersama termasuk ‘testing’ bagi ruangan Tarannum Al-Quran dan Qiraat.

Jika ada sesiapa berminat menjadi penulis di blog saya ini, saya akan sangat-sangat menghargainya. Sememangnya saya memerlukan kawan untuk menambah baikkan Alhawa ini.

Akhir kata, salam persahabatan. Semoga apa yang anda cari tidak jauh, ia ada di hadapan anda, dan mungkin dalam diri anda sendiri.

azlan al-hawa