Berita


sahabat-sahabat sekalian.

Jika anda benar-benar berminat untuk belajar tarannum (asas belajar tarannum), saudara saudari sekalian boleh menghubungi saya di talian 00019715678100. (saya lebih suka SMS). Sila buang 2 kosong awal dan akhir. Saya sengaja taip seperti itu atas sebab tertentu.

Walau bagaimanapun, saya hanya dapat mengajar kalian jika kalian sanggup datang ke rumah saya di kluang pada hari sabtu.

Jika kalian ada cadangan masa lain, kalian boleh bagitau saya tetapi selain sabtu saya memang agak sukar…

Walau bagaimanapun, jika kalian tinggal di Bera / Triang / Temerloh, saya boleh pertimbangkan hari selain Sabtu & Ahad tetapi ia masih bergantung kelapangan masa saya.

Bayaran adalah ikhlas kerana saya belum dapat memberikan komitmen 100% atas projek ini.

Semoga anda mendapat manfaat dengan maklumat terbaru ini.

Sudah lebih sebulan aku tidak munulis di dalam blog ini. Bukan aku tak mahu tetapi masa sangat membataskan aku.

Buat kawan-kawan yang mungkin menantikan berita terkini tentang aku, biarlah aku cukup untuk mengatakan aku sudah tidak lagi menulis buku part-time, sepenuh masa sebagai mana sebelum ini.

Aku kini sudah bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Pahang. Tugas ku ialah berhadapan dengan karenah manusia, menyediaan pelan membangunkan masyarakat dan bersama-sama dengan mereka.

Sejak tarikh aku mula bekerja, aku terasa terlalu lemah untuk mengadap komputer. Lebih-lebih lagi aku terpaksa melanggan plan celcom broadband daily untuk melayari internet dan plan Family 1+3 untuk membolehkan aku berbual percuma dengan isteri tersayang.

Di sini, internet susah….. nak bayar bil pun susah. Minggu lepas, aku bawa bil air Pahang ke Telekom Kluang, Johor tapi TM point kata, bil Pahang tak boleh dibayar di TM Point Johor. Pelik tak? Bagi saya pelik kerana di belakang bil tak menyebut pun “Bil JBA Pahang hanya boleh dibayar disesetengah pejabat TM Point…

Rasanya cukuplah buat sementara ini. Permulaan come-back saya ini mudah-mudahan come-back yang akan berterusan… saya teringin sangat nak berblog semula… saya teringin berkongsi ilmu tarannum semula. Doakanlah usaha saya nak dapatkan celcom broadband monthly dipermudahkan Allah jua..

Semoga Ramadhan kali ini menambahkan amal bakti dan menguatkan keimanan kita….

Jaga diri bebaik kawan-kawan dan musuh-musuh sekalian… semoga berjumpa lagi..

 

wassalam..

azlansenggarang a.k.a azlan al-hawa

Saya ada menyediakan CD bacaan Al-Quran, berzanji, zikir dan selawat.

>>>> Sila klik di www.lamanbestari.wordpress.com. <<<<

Begitulah makluman untuk blog ini dan blog-blog alhawa yang lain.

Kerehatan ini penting kerana saya ingin sekali mengikuti perkembangan PRU ke-12 dengan lebih mendalam, lebih meluas dan lebih  terperinci.

Walau apapun, saya bukanlah sesiapa di dalam PRU kali ini, dan saya akan menyambung semula blog-blog yang sedang direhatkan ini selepas pilihanraya nanti.

Maaf dan Jumpa lagi!

wassalam

azlan alhawa

Anda dijemput menjadi penulis-penulis, bersama saya memenuhi blog dalam kumpulan / cabanag alhawa dengan berita-berita, perkongsian ilmu dan sebagainya.

Jika anda rasa anda boleh menyumbang sesuatu, sila email kepada saya maklumat asas seperti; biodata ringkas, pengalaman berkaitan dan sedikit cadangan penambah baikan alhawa pada masa depan.

Semoga usaha saya menjadikan blog pilihan no #1 untuk belajar tarannum berjaya. No 1 bukan untuk dibangga….ia adalah matlamat saya berdasarkan kualiti pengisian.

wassalam

azlan al-hawa

* lagu Tarannum baru (youtube) telah diupload. : www.attarannum.wordpress.com

Pilihan di tangan anda. Kini saya telah menyediakan beberapa pilihan untuk anda mempelajari ilmu Tarannum secara mudah, pantas dan berkesan.

Jika anda merasakan anda tidak punya cukup masa untuk bergerak, mengapa tidak belajar online? Walaupun ia mungkin agak ringkas dan masa yang terbatas, sekurang-kurangnya anda akan dapat juga beberapa konsep penting dalam bertarannum. Dan apa yang lebih penting bagi sesetengah orang, ia PERCUMA buat masa sekarang.

Jika anda inginkan sesuatu yang lebih mencabar atau lebih banyak tumpuan. Mengapa tidak pilih sahaja belajar secara bersemuka dengan saya. Ada hanya perlu keluarkan sedikit kos dan anda boleh membawa pulang ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada orang lain.

Jika anda berminat dengan maklumat ini atau ada sebarang pertanyaan, sila hantarkan email anda  ke : azlansenggarang@yahoo.com . Saya akan membalas seberapa segera.

Bagi maklumat lanjut berkenaan kelas ini, sila layari www.lamanbestari.wordpress.com / Product & Service .

Jumpa anda di sana!

Wassalam.

azlan al-hawa

Anda kini boleh berinteraksi dengan saya melalui Skype!

  •  MAKLUMAT PENTING
    • Sila download dan cari nama pengguna saya ; azlansenggarang.
    • Kelas Online akan dimulakan dalam lingkungan masa 10.00 hingga 12.00 tengahari.
    • Buat masa ini, kelas adalah PERCUMA
    • Jika ada sebarang pertanyaan, sila email ke ; azlansenggarang@yahoo.com
  • Jumpa anda di sana!